Khamis, 19 Mac 2015

Pindaan Hukum Hudud, Qisas dan Takzir Diluluskan DUN Kelantan

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk seorang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta 12 wakil pembangkang dari Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut.

Enakmen itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada sidang pagi semalam.

Pembentangan enakmen tersebut dibuat bagi membuat pindaan dan penambahbaikan sebelum dilaksanakan.

Namun pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini amat bergantung kepada kelulusan pindaan akta dan Perlembagaan Negara di Parlimen.

Undang-undang jenayah syariah itu diluluskan kira-kira 22 tahun lalu dan kini peluang untuk hukum Islam itu dilaksanakan agak cerah apabila Kerajaan Pusat turut memberikan kerjasama dengan penubuhan jawatankuasa teknikal di peringkat pusat.

Sumber : Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan